Tuesday, 16 August 2016

Aurat Wanita Perlu Dijaga

Aurat Wanita | Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara dengan sebaik mungkin. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Islam telah pun menggariskan beberapa panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dapat dijaga dengan baik. Justeru, saya akan berkongsi dengan pembaca mengenai tafsir Surah an-Nur ayat yang ke-31 yang berbunyi :
“…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka…”
Sayyid Qutb Rahimahullah telah menukilkan kitab tafsirnya yang terkemuka iaitu Tafsir Fi Zilalil Qur’an bahawa Al-jaib adalah belahan baju di bahagian dada.Khimar adalah kain penutup kepala,leher dan dada untuk menutup godaan-godaan fitnah yang ada padanya.
Jangalah seorang wanita memperlihatkannya kepada mata-mata yang kelaparan, bahkan kepada mata yang sekadar melintas.Orang-orang bertaqwa selalu menjaga diri dari godaan pandangan itu, baik dengan memperlama mahupun mengulanginya lagi.Kerana kadangkala setelah pandangan tertuju kepada fitnah-fitnah nafsu itu, maka nafsu itu menjadi terpendam dan bergelora.Apatah lagi, jika fitnah-fitnah itu dibiarkan terbuka.
Sesungguhnya Allah tidak ingin menjerumuskan hati-hati orang-orang yang beriman kepada ujian dan musibah seperti ini!
Wanita-wanita mukminat yang mendapatkan peringatan tentang larangan ini dengan hati yang disinari cahaya Allah tidak akan pernah terlambat meresponnya melalui ketaatan, walaupun secara fitrahnya mereka ingin tampil dengan perhiasan dan kecantikan.
Wanita-wanita pada zaman jahiliyyah –sebagaimana yang terjadi pada jahiliyyah moden ini – dengan mudah membuka dadanya dihadapan lelaki.Bahkan, leher, bonggol rambut dan anting-anting dibiarkan terbuka atau lebih daripada itu.Setelah Allah memerintahkan wanita untuk menutupi dadanya dengan khimar serta tidak menampakkan perhiasannya, wanita-wanita mukminat bersikap seperti yang telah digambarkan oleh ‘Aisyah dalam riwayat Bukhari:
“Semoga Allah sentiasa merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama.Setelah Allah menurunkan ayat ‘…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka …’, maka mereka merobek pakaian mereka, kemudian menjadikannya sebagai kain yang menutupi tubuh mereka.”
Safiyyah binti Syaibah berkata:
“Ketika kami berada di sisi ‘Aisyah, kami menyebut-nyebut tentang keistimewaan wanita-wanita Quraisy.Maka, ‘Aisyah pun berkata ‘Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keistimewaan.Sesungguhnya demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang lebih utama daripada wanita Ansar.Mereka paling percaya dengan al-Qur’an.Tidak ada wanita yang lebih beriman kepada ayat yang turun terhadap mereka.Ketika turun ayat 31 dari Surah an-Nur, ‘…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka …’, kaum lelaki dari Ansar segera pulang ke rumah masing-masing untuk membacakan ayat yang turun kepada wanita-wanita mereka.Seorang lelaki membacakan kepada isterinya, anak wanitanya, dan saudarinya, bahkan kepada setiap kerabatnya.
Maka, tidak seorang pun dari wanita itu melainkan bersegera mengambil pakaian mereka , kemudian mengikatnya ke kepala mereka, sebagai pembenaran dan keimanan mereka terhadap ayat yang diturunkan Allah dalam kitabnya.Pada pagi hari, mereka telah berada dibelakang Rasulullah dengan pakaian terikat di kepala seolah-olah di atas mereka ada burung gagak’.”
Islam telah mengangkat citarasa masyarakat Islami dan membersihkan pengiktirafan terhadap kecantikan.Sehingga, bukan lagi tabiat haiwan yang lebih dominan dalam mengukur kecantikan.Namun, tabiat manusiawi telah terbentuk dan terdidik.Kecantikan kerana membuka aurat dan tubuh merupakan kecantikan yang bercitarasa rendah dan darjat bintang, walaupun penuh dengan keserasian dan kesempurnaan.
Sedangkan kecantikan yang berkarakter itulah kecantikan suci yang mengangkat apresiasi seseorang terhadap kecantikan, manjadikannya layak dan sesuai bagi manusia serta meliputinya dengan kebersihan dan kesucian pancaindera dan khayalan.
Demikianlah Islam saat ini membangun apresiasi dalam barisan wanita-wanita mukminat, walaupun citarasa umum telah rosak dikuasi oleh nafsu haiwan dan membuatnya cenderang kepada buka-bukaan, telanjang, dan lepas kendali seperti binatang.Wanita-wanita mukminat itu dengan penuh ketaatan dan kesedaran menutupi bahagian-bahgaian fitnah tubuh mereka, dalam masyarakat yang senang dengan buka-bukaan dan bersolek secara berlebihan serta para wanita bebas merayau dan menggoda lelaki seperti si betina merayu ke kepada si jantan.
Kehormatan dengan penuh rasa malu ini merupakan salah satu langkah berjaga-jaga untuk menjaga individu dan jamaah.Oleh kerana itu, ketika fitnah aman, Al-Qur’an membolehkan untuk meninggalkan perintah itu.Sehingga, dikecualikan para lelaki mahram yang biasanya cenderung tidak tertarik dan biasanya syahwat mereka tidak bangkit.

Thursday, 1 May 2014

AURAT WANITA,MAHKOTA YANG PERLU DIPELIHARA

Aurat Wanita Aurat Wanita,Mahkota Yang Perlu Dipelihara

Thursday, 13 March 2014

Mengapa Filem The Journey Berjaya Kutip Hampir RM13 juta?

KUALA LUMPUR: Filem The Journey tiada formula khas atau khusus bagi menjadikan filem ini meletup di pawagam serta menjadi filem terlaris di Malaysia.
Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial.
Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua elemen ini dalam setiap filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Namun, kadang-kadang filem tersebut tidak berjaya mendapat tempat di hati penonton walaupun karya tersebut memenuhi kedua-dua elemen tersebut.
Kejayaan The Journey memang tidak disangka-sangka kerana menurut Gayatri, seluruh pasukan produksi hanya mahu menceritakan kisah kehidupan rakyat Malaysia dan tidak menjangka ia akan meletup di pawagam.

Sementara itu, Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan pula menyifatkan perkara yang kecil boleh menimbulkan satu perasaan yang akan dapat meninggalkan kesan terhadap penonton.

Filem yang meliputi elemen kekeluargaan ini juga katanya adalah seimbang antara peranan seorang bapa dan anaknya dimana watak-watak ini juga bukanlah dilakonkan oleh pelakon yang profesional.

Ini menurutnya bagi membawa penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita The Journey ini.